BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 30, 2009

Oyasumi Nasai~

Mataku sudah mula mengantuk. Ptg td buka posa d luar bsama kawan2ku yang dah lama tak keluar bersama. Kitorg nih asal berjumpe je mcm2 topik nk citer. Kalo x gelak2 sampai pecah perut memang tak sah. hehe.. Tapi, aku rugi 1 benda lagi ari ni, aku x dapat gi terawih..da rugi 3 malam aku x gi terawih.. Letih sangat2 td kua jalan2. Yg Nas dengan xtau jalan, kitorg penumpang nih la jd GPS dia..itupn kdg2 salah msuk jln gak..haiih...mcm2 la..tq Nas bwk kitorg jenjalan...hehe..



Ala..terlupa lak td nk amik gamba. Kalo x, bole upl0adkan d bl0g neyh..hm..kitorg berkwn dr kecik ag..ade yg dr sek ren n ade yg dr tadika ag.. trme kasih la jd sahabat sy ye..korg mmg d BEST la! hm..siyesly, mmg ngantuk giler nih..k la eak, xpe la takat nih je. sok2 nti aku smbg len lak k. assalamualaikum..slmt malam..

-wawacayang

Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!
Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis Nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang sosial, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.


-wawacayang

Fokus, fokus, fokus, fokus!



Kata2 semangat untuk diri sendiri yg lemah ni...hope dpt amalkan.. =)

-wawacayang

Secangkir kasih

Assalamu'alaykum..


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)


Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.


Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"

(Macam pernah ku dengar ye dialog di atas tapi di mana ye........)

-wawacayang